Monday 7 January 2013

Bongkud melange & ophiolite

Foto melange di Jalan Poring ke Marak Parak (Kg. Bongkud), runtuhan batuan dapat dilihat dengan jelas di sepanjang jalanraya tersebut sehingga projek jalan yang sepatutnya siap dalam RMKe-( masih belum juga dapat digunakan seperti yang sepatutnya.

Foto serpentinit-peridotit (ultrabasik) yang ditemui di jalan sama, masih segar dan berwarna hijau kekelabuan. Batuan ini mempunyai pecahan yang kecil dan agak stabil, jadi tidak memerlukan kos yang tidak sepatutnya dengan meng"shortcrete",permukaannya..kalu nak habiskan duit tak apelah..cuma kalau jalan tu masih teruk tu nasib penduduk yang menanggungnya...

Berapa kos? cuba teka? boleh buat tar jalan dah kut....



Monday 18 June 2012

Sejarah Kajian Ofiolit di Sabah

Seterusnya kajian oleh Leong (1974), Syarif (1994) dan dipelopori oleh Prof . Dr. Basin Jasin...

Kajian terkini oleh JMG Sabah di dalam Rancangan Malaysia Ke-9 menunjukkan kehadiran batuan tersebut. Berikut sebahagian daripada bukitnya:

Jika nak tau lebih lanjut sila ke Perpustakaan JMG Sabah...

Tuesday 15 March 2011

Taburan batuan ofiolit di Sabah

Rijang Formasi Trusmadi



Rijang Formasi Trusmadi tersingkap di Sungai Liodan (berhampiran Kg. Lagup, Kundasang, Sabah).  Rijang tersebut adalah jenis berjalur (banded chert)  di antara lapisan nipis bewarna merah-merah gelap- kelabu- kelabu kehijauan. Rijang adalah penunjuk kepada sekitaran laut dalam, di mana ini menunjukkan formasi ini terenap di dalam lautan yang dalam yang terhasil daripada aktiviti gunung berapi awal di pertembungan kerak lautan (di mana ofiolit terbentuk di kawasan Ranau-Telupid). Foto di atas merupakan petrografi rijang (adakah anda dapat mempastikan radiolaria di dalamnya?). Pemineralan sekunder juga berlaku dengan kehadiran mineral kuartza halus,berstruktur bulat atau cincin (proses metamorfisme. 

Monday 7 March 2011

gabro

Gabro Sg. Taliwas, Lahad Datu, Sabah. Gabro tersebut berjaluran dengan batuan ultrabasik, granit, syis amfibolit, andesit dan dasit. Kajian petrografi gabro menunjukkan ianya mempunyai tekstur dalaman seperti mikrografik, porfiritik dan granofirik

Sunday 6 March 2011

Peridotit

Peridotit Gunung Silam, Lahad Datu, Sabah.  Kandungan mineral utamanya adalah olivin, piroksen dan plagioklas di dalam kumpulan ultramafik dan ultrabasik.