Foto melange di Jalan Poring ke Marak Parak (Kg. Bongkud), runtuhan batuan dapat dilihat dengan jelas di sepanjang jalanraya tersebut sehingga projek jalan yang sepatutnya siap dalam RMKe-( masih belum juga dapat digunakan seperti yang sepatutnya.
Foto serpentinit-peridotit (ultrabasik) yang ditemui di jalan sama, masih segar dan berwarna hijau kekelabuan. Batuan ini mempunyai pecahan yang kecil dan agak stabil, jadi tidak memerlukan kos yang tidak sepatutnya dengan meng"shortcrete",permukaannya..kalu nak habiskan duit tak apelah..cuma kalau jalan tu masih teruk tu nasib penduduk yang menanggungnya...
Berapa kos? cuba teka? boleh buat tar jalan dah kut....
Ofiolit merupakan asosiasi batuan igneus, metamorfik dan sedimen laut dalam, melalui proses batuan kerak lautan yang terintrusif ke dalam batuan kerak benua. Melange terdiri daripada bongkah-bongkah batuan yang pelbagai saiz antara 1m hingga 30m terbenam di dalam matriks berbutiran halus. Bongkah-bongkah batuan tersebut terdiri daripada batu kapur, rijang, batu lumpur, batu pasir, konglomerat, syal, batuan volkanik seperti andesit, dasit dan tuf.
Showing posts with label ofiolit. Show all posts
Showing posts with label ofiolit. Show all posts
Monday, 7 January 2013
Tuesday, 15 March 2011
Rijang Formasi Trusmadi
Rijang Formasi Trusmadi tersingkap di Sungai Liodan (berhampiran Kg. Lagup, Kundasang, Sabah). Rijang tersebut adalah jenis berjalur (banded chert) di antara lapisan nipis bewarna merah-merah gelap- kelabu- kelabu kehijauan. Rijang adalah penunjuk kepada sekitaran laut dalam, di mana ini menunjukkan formasi ini terenap di dalam lautan yang dalam yang terhasil daripada aktiviti gunung berapi awal di pertembungan kerak lautan (di mana ofiolit terbentuk di kawasan Ranau-Telupid). Foto di atas merupakan petrografi rijang (adakah anda dapat mempastikan radiolaria di dalamnya?). Pemineralan sekunder juga berlaku dengan kehadiran mineral kuartza halus,berstruktur bulat atau cincin (proses metamorfisme.
Sunday, 6 March 2011
Ofiolit, Lahad Datu, Sabah, Malaysia
Menurut Yoder (1979) dan Barth (1952), batuan ofiolit merupakan batuan asosiasi kerak lautan, bahagian mantel atas dan enapan laut dalam yang terlibat di dalam proses perebakan lantai lautan ataupun subduksi, yang kemudiannya mengalami pengangkatan dan tersingkap bersama batuan kerak benua. Asosiasinya adalah terdiri daripada rijang, syal hitam, lava bantal, diabes, basalt tholeiitik, serpentinit, peridotit (harzburgit dan iherzolit), serta mineral kromit yang pada mulanya dijumpai di Alps dan Cyprus serta di beberapa bahagian dunia yang lain. Batuan ofiolit ini juga pernah dikaitkan dengan pembentukan lembangan geosinklin di dalam Teori Geosinklin tetapi ianya sukar diterima memandangkan batuan asosiasinya yang kompleks. Terdapat juga perlapisan batuan di antara mafik-ultramafik seperti lava basalt-perodotit-dunit dan batuan sedimen. Serpentinit merupakan hasil alterasi batuan peridotit iaitu perubahan ke atas mineral piroksen-olivin pada suhu tinggi. Penggunaan nama ofiolit ini telah digunapakai untuk menerangkan kewujudan batuan jenis ini terutamanya di Alps (Perancis), Papua New Guinea dan Jepun yang mana ianya melibatkan zon jaluran subduksi Pasifik.
Tjia (1990) pula memberikan contoh ofiolit yang terdapat di Cyprus dan Papua New Guinea dan mengaitkannya dengan zon subduksi, obduksi dan Teori Tektonik Keping. Beliau mengaitkan zon-zon tersebut sebagai suatu zon sutura dan zon ricihan dengan kehadiran glaukofen di dalam syis biru. Penentuan usia menunjukkan batuan igneus adalah lebih tua daripada batuan sedimen dan metamorfik. Beliau menyimpulkan bahawa kejadian ofiolit berkaitan dengan banjaran lautan dan arka kepulauan.
Fitch (1955) melaporkan bahawa terdapat tiga(3) fasa terobosan batuan volkanik di kawasan Lembah Segama – Teluk Darvel iaitu dua fasa pertama berlaku semasa di bawah laut dan fasa terakhir berlaku di atas daratan. Fasa pertama penerobosan ialah semasa usia Kapur hingga Eosen Awal terdiri daripada batuan spilit, basalt, tuf, aglomerat, lava bantal dan konglomerat volkanik. Fasa kedua pula semasa Miosen Awal di mana berlakunya terobosan andesit, tuffit dan aglomerat. Fasa akhir berlaku pada masa Kuaterner (Pleistosen) melibatkan terobosan basalt, riolit, andesit dan tuf di kawasan daratan.
Kompleks ofiolit kawasan ini telah dikaji oleh beberapa pengkaji yang lain dan mencadangkan beberapa nama untuk menggambarkannya. Leong (1974) melaporkan bahawa Dhonau and Hutchison (1966) menggunakan penamaan “Silumpat Gneiss Formation” untuk menerangkan kewujudan campuran batuan ini semasa era Teori Geosinklin. Leong (1974) juga menerangkan bahawa Reihard and Wenk (1951) menggunakan nama “Crystalline Schists”. Rujukan sebagai batuan ofiolit juga telah diketengahkan pada masa tersebut untuk menggambarkan betapa kompleksnya batuan tersebut.
Kirk (1968) menerangkan dengan jelas kehadiran ofiolit di dalam Bab 6: Upper Cretaceous and Tertiary Intrusive Ophiolithic Rocks dan Bab 10: Regional Relationships, di mana asosiasi batuan ofiolit ini mengalami penyesaran dan pengangkatan serta pembreksiaan yang kuat. Beliau memetakan batuan ultrabasik di seluruh Sabah dan Sarawak sebagai penanda kehadiran ofiolit disamping batuan spilit yang menjadi bukti peristiwa tersebut. Kehadiran pemineralan tembaga (Cu) juga dikaitkan dengan kehadirannya di dalam batuan ofiolit ini di kawasan seperti Bidu-Bidu, Pinanduan dan lain-lain.
Subscribe to:
Posts (Atom)